MAKLUMAT UMUM

MAJLIS SUKAN SEKOLAH SEKOLAH PULAU PINANG

PERATURAN-PERATURAN AM


PERATURAN 1 :

Istilah pertandingan yang digunakan juga bermaksud ‘kejohanan’.

Istilah ‘permainan’ yang digunakan bermaksud semua permainan dan sukan di bawah payung MSSPP.

PERATURAN 2 :

Keseluruhan pengawalan pertandingan MSSPP akan diletakkan di bawah MSSPP yang boleh mewakilkan kuasa sebarang pertandingan kepada sekolah (anggota) atau Jawatankuasa khas yang dilantik oleh MSSPP.

PERATURAN 3 :

Semua pertandingan MSSPP hanya boleh disertai oleh pelajar SEPENUH MASA dari sekolah-sekolah yang menjadi anggota MSSPP.

PERATURAN 4 :

Perkumpulan atlet hendaklah selaras dengan kumpulan umur atau kelas yang ditetapkan untuk pertandingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) selain daripada yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi MSSPP.

PERATURAN 5 :

Setiap atlet haya boleh menyertai SATU kumpulan umur sahaja dalam sesuatu pertandingan. Bagi sukan Olahraga serta Renang, atlet hanya boleh mengambil bahagian dalam acara-acara kumpulan umurya sendiri (kecuali acara terbuka).

PERATURAN 6 :

Murid-murid yang masih menunggu keputusan peperiksaan am Kementerian Pendidikan Malaysia seperti SPM, SPVM atau STPM TIDAK LAYAK menyertai sebarang pertandingan MSSPP sehingga keputusan peperiksaan yang berkenaan dirasmikan dan murid-murid berkenaan kemudiannya didaftarkan sebagai murid SEPENUH MASA.  Walau bagaimanapun, penyertaan pelajar-pelajar berkeaan adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan/Undang-Undang Sukan/ Permainan yang berkenaan.

PERATURAN 7 :

Bagi acara berpasukan, sebuah sekolah hanya boleh menghantar SATU PASUKAN sahaja.

PERATURAN 8 :

Murid-murid sekolah tidak dibenarkan bertugas sebagai pengadil/ ampayar/     penjaga masa/ perakam dsb. dalam sebarang pertandingan MSSPP melainkan dengan kebenaran Setiausaha Agung.

PERATURAN 9 :

Pihak Pengelola tidak akan membenarkan seseorang atlet masuk bertanding sekiranya permintaan untuk mendapatkan dokumen yang menentukan umur atlet tersebut tidak ditunaikan.

PERATURAN 10 :

Pihak Pengelola adalah diberi kuasa untuk menghalang sebarang pasukan atau    atlet daripada bertanding sekiranya guru pengawasnya tidak turut serta.

PERATURAN 11 :

Semua atlet yang mengambil bahagian dalam pertandingan MSSPP adalah wakil sekolah masing-masing. MSSPP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kejadian yang mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas pertandingan. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab mendapatkan kebenaran dan persetujuan bertulis daripada ibu bapa/ waris atlet-atlet yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan MSSPP dan menguruskan seorang guru sekolah  untuk · mengiringi atlet  sepanjang pertandingan.

PERATURAN 12 :

Semua pegawai atau pasukan tidak boleh sama sekali mengeluarkan kata-        kata kasar terhadap pengadil/ pegawai yang betugas semasa pertandingan   dijalankan ataupun di luar padang/ gelanggang selepas pertandingan tamat. TINDAKAN TATATERTIB mungkin diambil terhadap mereka yang tidak patuh  kepada peraturan ini.

PERATURAN 13 :

Sekolah yang telah mengambil bahagian dalam acara berpasukan di peringkat awal TIDAK DIBENARKAN menarik diri di pertengahan pertandingan. Sekolah yang berbuat demikian akan diminta memberi alasan kepada Jawatankuasa Disiplin yang akan diketuai oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan.

PERATURAN 14 :

Bilangan maksima atlet yang layak menerima hadiah bagi acara-acara BERPASUKAN adalah seperti berikut:-

Bil.Permainan/SukanPeringkat UmurKumpulan (Jantina)Bilangan Maksima
14.1BOLA BALING12/18 TKBL & P12
14.2BOLA JARING12/15/18 TKBP12
14.3BOLA KERANJANG12/18 TKBL & P12
14.4BOLA SEPAK12/15/18 TKBL18
14.5BOLA TAMPAR12/18 TKBL & P12
14.6CATUR12/15/18 TKBL & P6
14.7GIMNASTIK ARTISTIK12/15/18 TKBL & P7
14.8GIMRAMA12/15/18 TKBP4
14.9HOKI12/18 TKBL & P18
14.10KRIKET12/18 TKBL15
14.11MEMANAH12/15/18 TKBL & P4
14.12OLAHRAGA*12/15/18 TKBL & P6
14.13PING PONG12/18 TKBL & P5
14.14PELAYARAN12/15/18 TKBL & P5
14.15RAGBI12/18 TKBL25
14.16RENANG*12/15/18 TKBL & P5
14.17POLO AIR12/18 TKBL13
14.18SEPAK TAKRAW (PASUKAN)12/15/18 TKBL12
14.19SEPAK TAKRAW (REGU)12/15/18 TKBL5
14.20SOFBOL12/18 TKBL & P15
14.21TENIS12/15/18 TKBL & P5
14.22SILATTERBUKAL & P
14.23WUSHU12/18 TKBL & P6
* A CARA BERGANTI-GANTI SAHAJA

PERATURAN   15  :

Hadiah-hadiah akan diberi kepada pemenang-pemenang seperti berikut:-

15.1    PERMAINAN

BILANGAN PASUKAN/ PERSEORANGAN/ BERGU/ REGU YANG DIDAFTARKANHADIAH Pingat untuk acara perseorangan/bergu/regu Pingat & Trofi untuk acara berpasukan
(a)  kurang daripada TIGA (3)(Tiada pertandingan)
(b)  TIGA (3) & EMPAT (4)Johan dan Naib Johan sahaja
(c)  LIMA (5)Johan, Naib Johan dan Ketiga sahaja
(d)   ENAM (6) dan lebihJohan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat

15.2    OLAHRAGA

ACARA YANG DIPERTANDINGANBILANGAN PASUKAN/ PERSEORANGAN PADA MASA PENDAFTARANHADIAH Pingat sahaja
Semua acara padang dan acara balapan   KECUALI Acara balapan 2000 meter dan lebih serta acara gabungan(a)  TIGA (3) & EMPAT (4) (b)  LIMA (5) dan lebih     (c)  SEPULUH (10) dan lebihPertama & Kedua sahaja Pertama, Kedua, & Ketiga     Pertama hingga Kenam

15.3    RENANG

BILANGAN ACARA PERSEORANGAN/ PASUKAN YANG DIPERTANDINGKANHADIAH Pingat sahaja
(a)  DUA (2)Pertama sahaja
(b)  TIGA (3) & EMPAT (4)Pertama & Kedua sahaja
(c)  LIMA (5) dan lebihPertama, Kedua, & Ketiga

CATATAN :

(a)       Jika semasa pertandingan didapati bilangan penyertaan kurang daripada bilangan yang didaftarkan, pemberian hadiah tidak berubah.

(b)       Hadiah seperti “Peserta Terbaik”, “Man of the Match”, ”Tekong Terbaik”, dan sebagainya boleh diberi jika pihak pengelola boleh mendapatkan tajaan atau derma. Jika ada, sila maklumkan perkara ini kepada Urus setia MSSPP.

PERATURAN 16 :

Pertandingan antara pasukan tidak akan dikelolakan jika terdapat hanya 2 buah sekolah sahaja yang akan mengambil bahagian.

PERATURAN 17 :

Apabila Jadual Pertandingan telah disediakan dan pertandingan telah dijalankan, sekolah-sekolah anggota yang telah didaftarkan untuk sesuatu pertandingan dan masaih terlibat dalam pertandingan, TIDAK BOLEH menarik diri kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menarik diri hendaklah diberitahu kepada Sekolah/ Jawatankuasa Pengelola/ Pengerusi ·Teknik Permainan berkenaan dan pihak lawan sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh pertandingan yang telah ditetapkan untuk kedua-dua pihak yang berkenaan. Gagal berbuat demikian, tlndakan tatatertib mungkin boleh diambil terhadap sekolah yang berkenaan.

PERATURAN 18 :

Atlet dalam pertandingan MSSPP yang dikenalpasti atau dipilih untuk mengikuti latihan atau mewakili MSSPP di pertandingan-pertandingan MSSM hendaklah mematuhi arahan MSSPP. Kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan tindakan tatatertib terhadap atlet berkenaan.

PERATURAN 19 :

Atlet yang dikenakan sebarang tindakan tatatertib akan dilarang mengambil bahagian dalam sebarang pertadingan/permainan/sukan anjuran sekolahnya, Persatuan/Badan Sukan Negeri dan Persatuan/Badan Sukan Kebangsaan.

PERATURAN 20 :

Seseorang atlet yang telah digantung oleh sekolahnya, Persatuan/Badan Sukan Negeri dan Persatuan/Badan Sukan Kebangsaan juga dilarang mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan MSSPP.

PERATURAN  21 :

Jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini semasa pertandingan dijalankan, pihak pengelola bertanggungjawab melaporkan kejadian tersebut kepada Urus setia MSSPP dengan secepat mungkin.

PERATURAN  22 :

Pihak pengelola, Pengerusi Teknik Permainan dan semua ahli jawatankuasanya TIDAK DIBENARKAN membuat kenyataan akhbar kecuali dengan kebenaran Yang Dipertua atau Timbalan-Timbalan Yang Dipertua. Walau bagaimanapun, keputusan pertandingan boleh dan patut diberitahu kepada akhbar-akhbar tempatan.

PERATURAN  23 :

Kecuali yang dinyatan berlainan dalam Peraturan-Peraturan Am ini, Peraturan Am MSSM atau Undang-Undang Antarabangsa yang ada dan dari sedang berkuatkuasa bagi permainan yang berkenaan akan diamalkan dengan syarat sekolah telah diberi masa masa untuk perubahan tersebut.

Kecuali yang dinyatan berlainan dalam Peraturan-Peraturan Am ini, Peraturan Am MSSM atau Undang-Undang Antarabangsa yang ada dan dari sedang berkuatkuasa bagi permainan yang berkenaan akan diamalkan dengan syarat sekolah telah diberi masa masa untuk perubahan tersebut.                 –

PERATURAN  24 :

Perkara-perkara yang tidak tercatat dalam Peraturan-Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Juri atau Lembaga Rayuan bagi permainan masing-masing. Keputusan Juri atau Lembaga Rayuan permainan masing-masing adalah muktamad. Waiau bagaimanapun, jika terdapat  masalah  mengenai  ‘status’, kedudukan atau kelayakan seseorang atlet murid tidak  dapat diselesaikan di peringkat Juri atau Lembaga Rayuan, perkara tersebut boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Tertinggi MSSPP untuk mendapatkan keputusannya. Dalam kes seperti ini, atlet murid berkenaan boleh “bertanding di bawah bantahan” (under protest).

PERATURAN 25 :

Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk meminda atau menambah peraturan jika perlu dalam Peraturan-Peraturan Am ini. Segala keputusan  MSSPP  adalah  muktamad  dan  semua  sekolah  anggota  akan diberitahu kelak.

MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG

Dikemaskini pada 05 Disember 2018

Unit Pembangunan Bakat Murid (SUKAN)

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
d/a Pusat Kecemerlangan Sukan Westland
Jalan Padang Victoria , 10400 Pulau Pinang

Emel : sukan.pp@moe.gov.my / unitsukan@jpnpp.edu.my

Tel : 04-228 5831/ 228 3858
Faks : 04-228 6248